SK ORANG KAYA SERGUNIM,MATU,SARAWAK

SEJARAH SEKOLAH

Home | SEJARAH SEKOLAH | Admissions | Academics | Programs | Activities | Calendar of Events | Directions | Links | Contact Us

 

SEJARAH SEKOLAH

 

 

     Sejarah persekolahan di Kampung Jemoreng terlewat jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain.  Sebelum sekolah dibina, penduduk di Kampung Jemoreng bersekolah di Kampung Sekaan dan terpaksa berulang-alik dari Kampung Jemoreng ke Kampung Sekaan.  Memandangkan dari kesukaran tersebut penduduk Kampung Jemoreng akhirnya berpadu tenaga membina sekolah sendiri walaupun pada awalnya tanpa bantuan dari pemerintah (British).

 

            Pada bulan November 1949 terbinalah sebuah sekolah pondok di Kampung Jemoreng berukuran 4 depa lebar, 39 kaki panjang serta beratapkan daun nipah dan berlantaikan papan.  Demi untuk menuntut ilmu mereka sanggup berkorban harta benda dan berpadu tenaga untuk membina sekolah tersebut.

 

            Dengan terbinanya sekolah ini, maka wujudlah sebuah Jawatankuasa untuk mengendali perjalanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.  Memandangkan disaat awal pembukaan sekolah ini menghadapi pelbagai masalah dari segi kewangan dan bilangan murid yang kian bertambah akhirnya sekolah tersebut diambil alih oleh Majlis Daerah Matu-Daro pada tahun 1959.

           

            Untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai pihak Majlis Daerah Matu-Daro telah memberi pelbagai peruntukan dari segi perkakas, alat-alat kelengkapan seperti kerusi meja, almari, buku teks dan kemudahan lain termasuk bangunan sekolah dan rumah guru.

 

            Oleh kerana dasar Kerajjan yang sentiasa berubah, maka pada tahun 1981 sekolah yang dibawah naungan Majlis Daerah matu-Daro telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan sehinggalah ke hari ini.  Berikutan dari perubahan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan telah memberi pelbagai bantuan seperti membina sebuah bangunan sekolah baru yang mengandungi empat bilik darjah, sebuah bilik sumber, sebuah bilik guru dan pejabat guru besar.  Disamping itu, rumah guru dan kantin sekolah turut dibina.

 

            Sebagai sebuah Institusi Pendidikan, kita tidak dapat lari dari masyarakat sekeliling.  Maka pada 22 May 1984 terbentuklah sebuah jawatankuasa iaitu Persatuan IbuBapa dan Guru.  Tujuan persatuan ini adalah untuk memudahkan lagi guru besar, guru-guru dan para ibubapa untuk bekerjasama bagi menunjukkan sekolah disamping mengerat silatulrahim.  Banyak sumbangan yang telah diberikan oleh PIBG untuk sekolah sehinggalah ke hari ini.  Seperti yang kita lihat sekarang, SRK Orang Kaya Sergunim sudah berwajah baru, segala kemudahan pejabat seperti komputer, mesin fotostat, mesin cetak, mesin taip dan sebagainya telah disediakan, ini untuk memudahkan para guru dan kakitangan sekolah menjalankan kerja mereka dengan sistematik demi untuk melahirkan warga SRKOrang Kaya Sergunim sebagai insan yang berguna suatu hari nanti.

 

This page will provide a brief overview of our school and our general philosophy toward education.

There are several topics that could be discussed on this page of our web site. We may provide the history of the school and discuss how we have developed into one of the leading educational institutions. Another area of interest is our philosophy and mission for the education of children.

Our Staff

We have an experienced and dedicated group of teachers and administrators. Each teacher strives to create a supportive and challenging classroom atmosphere to encourage students to participate. We may introduce a teacher on this page, or have a teacher of the month feature like the one below.

Teacher of the Month

dsc04265.jpg

This month's featured teacher is Mindy Cohen. Mindy has taught at our school for over twenty years. While she enjoys teaching all ages of students, she is currently the teacher of our fourth graders. Mindy is married with two children of her own.

Our School * Any Street * Anytown * US * 01234

cemerlang sokmo