SEJARAH SEKOLAH
Sejarah persekolahan di Kampung Jemoreng terlewat jika
dibandingkan dengan kampung-kampung lain. Sebelum sekolah dibina, penduduk di
Kampung Jemoreng bersekolah di Kampung Sekaan dan terpaksa berulang-alik dari Kampung Jemoreng ke Kampung Sekaan. Memandangkan dari kesukaran tersebut penduduk Kampung Jemoreng akhirnya berpadu tenaga membina sekolah
sendiri walaupun pada awalnya tanpa bantuan dari pemerintah (British).
Pada bulan November 1949 terbinalah sebuah sekolah pondok di Kampung Jemoreng berukuran 4 depa lebar, 39 kaki panjang
serta beratapkan daun nipah dan berlantaikan papan. Demi untuk menuntut ilmu
mereka sanggup berkorban harta benda dan berpadu tenaga untuk membina sekolah tersebut.
Dengan terbinanya sekolah ini, maka wujudlah sebuah Jawatankuasa untuk mengendali perjalanan pengurusan pengajaran
dan pembelajaran. Memandangkan disaat awal pembukaan sekolah ini menghadapi pelbagai
masalah dari segi kewangan dan bilangan murid yang kian bertambah akhirnya sekolah tersebut diambil alih oleh Majlis Daerah
Matu-Daro pada tahun 1959.
Untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai pihak Majlis Daerah Matu-Daro telah memberi pelbagai peruntukan dari
segi perkakas, alat-alat kelengkapan seperti kerusi meja, almari, buku teks dan kemudahan lain termasuk bangunan sekolah dan
rumah guru.
Oleh kerana dasar Kerajjan yang sentiasa berubah, maka pada tahun 1981 sekolah yang dibawah naungan Majlis Daerah matu-Daro
telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan sehinggalah ke hari ini. Berikutan
dari perubahan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan telah memberi pelbagai bantuan seperti membina sebuah bangunan sekolah
baru yang mengandungi empat bilik darjah, sebuah bilik sumber, sebuah bilik guru dan pejabat guru besar. Disamping itu, rumah guru dan kantin sekolah turut dibina.
Sebagai sebuah Institusi Pendidikan, kita tidak dapat lari dari masyarakat sekeliling.
Maka pada 22 May 1984 terbentuklah sebuah jawatankuasa iaitu Persatuan IbuBapa dan Guru. Tujuan persatuan ini adalah untuk memudahkan lagi guru besar, guru-guru dan para ibubapa untuk bekerjasama
bagi menunjukkan sekolah disamping mengerat silatulrahim. Banyak sumbangan yang
telah diberikan oleh PIBG untuk sekolah sehinggalah ke hari ini. Seperti yang
kita lihat sekarang, SRK Orang Kaya Sergunim sudah berwajah baru, segala kemudahan pejabat seperti komputer, mesin fotostat,
mesin cetak, mesin taip dan sebagainya telah disediakan, ini untuk memudahkan para guru dan kakitangan sekolah menjalankan
kerja mereka dengan sistematik demi untuk melahirkan warga SRKOrang Kaya Sergunim sebagai insan yang berguna suatu hari nanti.